Hi! Welcome Back and Stay Tune! Song Joong Ki Tulis Surat Minta Restu Peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Song Joong Ki Tulis Surat Minta Restu Peminat

SELEPAS mengesahkan bakal berkahwin, pelakon Song Joong Ki tampil menulis sepucuk surat kepada peminatnya yang dimuat naik di laman sosial pada Rabu.

Menerusi surat itu, Joong Ki berharap peminat dapat merestui perkahwinannya dengan aktres Song Hye Kyo dan menjelaskan alasan dia merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan umum.
Jelasnya dalam surat terbuka itu, dia mula rapat dengan Hye Kyo ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Descendents of the Sun tahun lalu.

Sejak itu hubungan mereka semakin rapat dan dia dapat berkongsi pelbagai rahsia peribadinya bersama Hye Kyo.

Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober depan.

“Saya menulis surat ini kerana ingin mendapatkan restu daripada anda semua.

“Selepas drama itu berakhir saya mendapat seorang kawan istimewa yang boleh saya kongsi perasaan sebenar saya dan hubungan itu bertukar menjadi cinta.

“Kami berjanji untuk menghabiskan hidup bersama dan akan sama-sama mengharungi susah dan senang,” tulisnya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, Joong Ki berkata, dia bertindak merahsiakan berita perkahwinan itu kerana ia melibatkan banyak pihak selain perlu menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

The post Song Joong Ki Tulis Surat Minta Restu Peminat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tklttv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.