Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya.

Malah, kata beliau, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa hanya didominasi oleh parti Melayu UMNO.

“Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan yang sama rata, tiada parti mendominasi dan prinsip Pakatan Harapan ialah konsensus antara keempat-empat parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pelantikan Mahathir daripada PPBM sebagai Pengerusi dan Anwar daripada PKR sebagai Ketua Umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Mengulas perkara itu, Kit Siang berkata, UMNO sebelum ini mendakwa DAP mendominasi Pakatan Harapan dan Malaysia akan diperintah Cina jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana Mahathir dan Anwar cuma boneka DAP.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar sebagai Ketua Umumnya sebagai strategi untuk memastikan Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, masa untuk UMNO kini sudah tamat kerana rakyat tidak lagi mempercayai bukan Melayu akan memerintah negara ini jika Pakatan Harapan berjaya merampas Kerajaan Persekutuan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2us18Ei

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.