Anggota Tentera Cedera Ditembak Di Kebun Gara-Gara Disangka Binatang
Seorang anggota tentera terselamat meskipun terkena beberapa butir peluru penabur yang dilepaskan oleh seorang lelaki yang sedang memburu binatang di kawasan sebuah kebun di Kampung Stenggang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Andy Jemon, 34, mengalami kecederaan pada bahagian dada, paha, lengan kanan dan tepi kening sebelah kiri akibat terkena peluru penabur.
Ketika kejadian, mangsa berpangkat koperal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kebun yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Dia yang bertugas di Kuching sedang bercuti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v9W6w1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment