Antara suami dan teman lelaki, apa pilihan yang terbaik untuk saya.
Saya punya anak tiga. Jodoh saya dan suami diaturkan oleh keluarga namun sebagai anak sulung yang jarang membantah apa yang mak ayah utarakan, saya mengikut saja kehendak mereka. Lagi pun ketika itu, saya tidak punya siapa-siapa kerana pernah putus tunang sebelum ini.
Sekalipun sudah berusia awal 30-an, dengan tubuh badan yang kecil, sekalipun punya anak tiga orang, ramai rakan-rakan khususnya golongan lelaki yang tidak mempercayai saya sudah ada anak di sekolah rendah. Mungkin itulah kelebihan saya selain saya akui punya raut wajah menarik.
Apa yang ingin saya kongsikan ini mungkin berat untuk diluahkan. Seolah-olah membuka pekung sendiri ditambah rasa malu dengan segala perbuatan yang telah saya lakukan. Demi Allah, sebagai hamba Allah bersifat lemah, saya mungkin tersalah langkah namun saya tidak pernah berniat untuk terus menjadi seorang hamba yang berdosa. Dek kerana itulah saya memohon pandangan kerana saya mahu mencari kekuatan diri.
Untuk makluman, suami seorang yang baik. Tiada cacat celanya bahkan hubungannya dengan masyarakat juga bagus. Dia disayangi oleh ahli keluarga saya kerana dia ringan tangan bahkan bermulut ramah. Pendek kata dia disenangi semua orang. Sebagai isteri, ada kurang dan ada lebihnya suami di mata saya. Dia memang baik dan saya akui itu tetapi kurangnya kerana suami tidak pernah memuaskan saya di tempat tidur.
Sukar untuk saya kongsikan hal ini kerana kata orang, berdosa saya sebagai isteri kerana membocorkannya kepada khalayak ramai. Namun saya minta Allah ampunkan dosa saya kerana saya sekadar inginkan penjelasan.
Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah tahu apa itu klimaks dan bagaimana rasanya. Hubungan kami berlangsung sangat sekejap kerana suami akan melepaskan begitu sahaja. Pernah saya berbincang dengan suami dan dia juga sudah berusaha tetapi malangnya keadaan tetap saya. Lama kelamaan saya menjadi bosan dan kalau dia mengkehendaki, saya akan menerimanya dan tidak pernah berkata apa-apa lagi. Dia selalu memuji saya cantik, bentuk badan saya menarik namun dia hanya menyentuh bahagian ‘bawah’ saya tanpa melakukan pemanasan.
Dosa saya bermula apabila saya mengenali rakan dari pejabat sebelah. Kebetulan bila keluar makan dengan kawan, kami selalu terserempak dengannya. Mula-mula hanya senyuman dan akhirnya bertegur sapa. Lama-kelamaan saya dan dia berkawan baik dan kawan sekerja saya tidak tahu pun hal ini. Dia seorang lelaki bujang namun keluarganya agak berada. Dia tinggal di sebuah kondominium seorang diri. Banyak kali dia bertanyakan, adakah benar saya isteri orang dan punya anak tiga kerana katanya wajah saya masih comel dan tidak menunjukkan saya sudah punya anak di sekolah rendah.
Jujurnya dia memang pandai mengambil hati dan saya sering tertawan dengan pujiannya. Dia juga banyak memberikan saya hadiah, katanya kalau saya bujang, dia sudah menghantar rombongan meminang. Katanya dia tak mampu lupakan saya bahkan katanya kalau saya diceraikan suami, dia akan ambil saya jadi isterinya yang sah selepas habis eddah.
Pernah sekali saya menipu suami memberitahu yang saya kerja lebih masa tetapi sebenarnya saya mengikut teman lelaki balik ke kondominiumnya. Memang tampak gaya mewahnya dan petang itu, berlaku hubungan intim antara saya dan dirinya. Demi Allah, buat pertama kali, barulah saya tahu apa itu erti klimaks dan apa itu kepuasan yang sebenarnya yang selama ini tidak pernah saya rasai.
Sungguh saya tidak menyangka, sekalipun dia orang bujang tetapi dari caranya melayan saya, dia seolah pakar. Saya memang tewas dengan nafsu dunia dan setiap kali suami mengajak tidur, saya turutkan sahaja biarpun tidak pernah merasai nikmatnya.
Saya pernah bertanya suami, andai suatu hari nanti kami berpisah, adakah dia redha. Jawapan suami, dia sayangkan saya dunia akhirat dan hanya maut akan pisahkan kami. Dia tak sanggup kehilangan saya dan katanya kalau boleh biarlah dia yang mati dahulu dari saya mati! Jawapan suami buat saya terkedu kerana saya tidak menyangka sebegitu sekali dia menyayangi saya.
Apa yang harus saya buat? Dengan teman lelaki, adakalanya saya ada bergaduh kerana semasa kami keluar berdua, mulutnya tak putus menyebut tentang wanita yang lalu lalang di hadapannya. Adakalanya saya terfikir, kalau benar kami berkahwin, adakah dia seorang lelaki yang setia? Adakah dia tidak mata keranjang? Dan adakah dia mahu menerima saya sebagai janda anak tiga? Banyak saya fikirkan dan dilema ini buat saya benar-benar terkeliru! Antara suami dan teman lelaki, apa pilihan yang terbaik untuk saya, bantulah saya!
Sumber : Sehinggit
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uP3I7n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment