“Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex? Takde, kan?” – Aliff Syukri
Jika sebelum ini Aliff Syukri pernah makan bersila di lapangan terbang, kini jutawan kosmetik tersebut sekali lagi berkongsi video perkara yang lebih kurang sama ketika dia bercuti di Switzerland.
Terliur jugalah tengok bekal yang dibawa Aliff. Katanya hidangan yang ada di depan mereka adalah air tangan dia dan juga isteri. Lebih menarik, nampak gayanya Aliff macam main terjah saja makan di kawasan yang sedikit lapang, asal boleh duduk dan letak lauk pauk.
Bagaimanapun Aliff sempat bergurau mengenai haters yang sentiasa ingin mencari kesalahan dan mengutuknya. Sempat menunjukkan jam jenama Rolex yang baru dibeli serta cincin berlian 4 karat, Aliff sempat bergurau mengenai orang yang mengutuknya.
“Takpelah, korang nak kutuk aku, kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex, baru beli ni. Kutuk kutuk, takpe. Kutuk lagi selagi mampu”
“Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je,” kata Aliff dengan nada bergurau. Seperti biasa, bersepah jugalah komen yang mengutuk perbuatan Aliff namun dilihat lebih ramai berpihak kepadanya.
Ada pihak yang boleh menerima gurauan tersebut namun ada juga yang mempertikaikan kata kata Aliff. Apa pun, semoga keluarga Aliff sihat belaka sepanjang percutian mereka.
Sumber: Rotikaya
Sumber “Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex? Takde, kan?” – Aliff Syukri
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uI3Rsx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment