Gempur 4D Haram, 40 Ditahan Di Seluruh Negeri
Operasi menggempur kegiatan penjualan nombor ekor (4D) haram terus diperhebatkan dengan 32 serbuan dilakukan di seluruh negeri yang menyaksikan 40 individu ditahan termasuk 15 wanita, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, dalam operasi tersebut pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM15,808, selain beberapa peralatan perjudian seperti telefon bimbit, mesin pencetak mudah alih dan kalkulator.
Menurutnya, kejayaan tersebut merupakan antara yang terbesar melibatkan serbuan ke atas kegiatan penjualan nombor 4D haram setakat ini. “Hasil daripada 32 serbuan itu, kita berjaya menangkap 40 individu yang berusia lingkungan 17 hingga 41 tahun di mana 25 orang daripada mereka adalah lelaki dan selebihnya wanita serta dua daripada yang ditahan merupakan warga asing.
“Operasi ini dijalankan berikutan masih ada pengusaha berdegil meneruskan kegiatan mereka yang kebanyakannya dijalankan di kaki lima, kedai kopi, restoran serta kedai runcit,” kata Dev dalam satu kenyataan di sini semalam.
Selain itu, Dev memberitahu anggota JSJ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mencatatkan 14 serbuan di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan IPD Kuching.
“Selain itu, anggota JSJ IPD Kuching dan Padawan masing-masing mencatatkan tiga dan empat serbuan diikuti Kota Samarahan sebanyak dua serbuan. Manakala JSJ Sibu, Miri, Bintulu, Serian, Bau, Sri Aman, Sarikei, Limbang dan Julau mencatatkan satu serbuan dalam operasi yang dijalankan serentak di seluruh negeri dari jam 8 hingga 7 malam semalam (Rabu),” katanya.
Mengulas lanjut mengenai operasi tersebut, Dev memberitahu 11 serbuan melibatkan rumah kedai, lapan kedai kopi dan restoran, sembilan tempat awam termasuk kaki lima dan empat kedai runcit.
“Kesemua mereka yang ditangkap sedang disiasat kerana kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” kata Dev.
Beliau turut memberitahu, Pesuruhjaya Polis Negeri yang baharu Datuk Amer Awal telah mengeluarkan amaran keras kepada semua anggota JSJ dan semua pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan Sarawak bebas kegiatan perjudian haram. “Kita akan ‘memerangi’ kegiatan perjudian haram ini habis-habisan,” tegas Dev.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFAnvK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment