Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masa semakin suntuk nak kahwin, Eizlan Yusof sedia terima ibu tunggal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masa semakin suntuk nak kahwin, Eizlan Yusof sedia terima ibu tunggal

DUA tahun menduda Datuk Eizlan Yusof berkata, dia kini sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mempunyai masa yang banyak jika mahu membina sebuah keluarga baharu.

“Sekarang saya sudah mula keluar bersosial untuk berjumpa orang baharu. Insya-Allah kalaulah ada jodoh saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini.

“Masa saya sudah singkat jika ingin memulakan keluarga baru, ia mestilah dalam tempoh dua tahun ini sahaja. Jika tidak ada dalam tempoh dua tahun ini terpaksa lupakan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Eizlan ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 100 episod berjudul Dendam Aurora yang akan diadakan di ibu negara.

 

Bagaimanapun, dalam pada itu, pelakon Lara Aishah ini berkata, dia juga terbuka untuk menerima wanita berstatus ibu tunggal.

“Bagi saya perkahwinan ada dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga baru atau berstatus ibu tunggal.

“Jika ibu tunggal tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan itu adalah atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh tentang wanita idamannya, Eizlan berkata, dia lebih memilih dan berhati-hati.

Katanya, banyak yang perlu diambil kira sebelum menerima kehadiran orang baharu.

“Sebenarnya saya masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu tapi saya pujuk hati untuk menerima orang baru.

“Sebab itu pemilihan kali ini lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama saya belajar menerima kelemahan seseorang,” ujarnya.

Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun, 31, pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Mstar



Sumber Masa semakin suntuk nak kahwin, Eizlan Yusof sedia terima ibu tunggal

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMmuYc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.