Penduduk Dinasihat Hentikan Aktiviti Di Sg Kinabutan Ekoran Ancaman Buaya
Pejabat Hidupan Liar (PHL) Tawau menasihati orang ramai menghentikan sebarang aktiviti di Sungai Kinabutan Kecil dan Besar, sementara siasatan berhubung kesahihan dakwaan kononnya masih terdapat buaya di sungai itu selesai dijalankan.
Media difahamkan sungai terbabit selalu menjadi tumpuan murid sekolah rendah dan penduduk setempat bermandi-manda, membasuh pakaian serta menangkap ikan. Malah, lokasi sungai itu terletak berhampiran dengan penempatan penduduk dan sebuah sekolah rendah, justeru menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai.
Pembantu Hidupan Liar PHL Tawau Suantah Bungkok berkata pihaknya memandang serius dengan dakwaan itu dan menyifatkan langkah berjaga-jaga sebagai wajar diambil. “Ada penduduk setempat mendakwa terdapat empat ekor buaya yang kerap dilihat di sungai berkenaan, namun setakat ini baharu seekor yang kita sudah tangkap,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo di pejabatnya di sini pada Rabu, berhubung penularan video buaya di Sg Kinabutan Kecil dan Besar menerusi aplikasi media sosial. Katanya proses pemantauan perkembangan semasa diteruskan pihaknya namun belum dapat mengesahkan jika sungai terbabit masih didiami oleh buaya yang lain.
“Kita positif buaya tembaga yang baharu kita tangkap lima hari lepas di sungai itu, buaya sama yang ditularkan menerusi perkongsian video oleh netizen di media sosial,” katanya. Menurutnya, spesies buaya tembaga (Estuarine Crocodile) atau nama saintifiknya Crocodile Porosus yang ditangkap itu berukuran kira-kira tujuh kaki panjang.
Suantah berkata buaya tembaga terbabit sudah diserahkan pihaknya pada Sabtu kepada salah sebuah syarikat yang mempunyai taman buaya berlesen di Jalan Tinagat. “Mengenai status tiga ekor buaya tembaga lagi, kita masih menjalankan siasatan dan berharap jika orang ramai ada menemuinya, mereka akan segera melaporkannya.
“Jika dakwaan itu betul, kita akan memasang perangkap sekali lagi di sungai terbabit namun lebih baik jika buat masa ini langkah berhati-hati diambil semua pihak,” katanya.
Seorang penduduk Kg Kinabutan, Batu 6 Jalan Apas, yang ditemui, kontraktor Asriadi Suddin, 23, mengakui pernah beberapa kali melihat kelibat buaya di sungai kampung itu. “Kali terakhir saya melihat buaya pada bulan lepas di sungai berhampiran rumah mentua, iaitu sebanyak dua ekor dan selalu berada di sekitar himpunan buluh di tepi sungai.
“Selain dekat buluh, kelibat buaya-buaya itu juga selalu dilihat berhampiran dengan jambatan dan tebing sungai di kawasan kebun sawit berhampiran,” katanya.
Asriadi berkata setakat ini juga belum ada kes buaya menyerang manusia di kawasan itu namun diharap tindakan segera dapat diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Dipercayai, buaya tembaga yang baharu ditangkap itu buaya liar yang muncul selepas berlakunya banjir besar, namun ada juga dakwaan yang mengatakannya sebagai buaya peliharaan yang terlepas ke sungai.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vHy7kL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment