Budak tingkatan 1 racun rakan sekelas, masukkan racun lipan dalam makanan
Polis Sarawak menahan pelajar Tingkatan Satu kerana disyaki meracuni rakan sekelasnya dengan memasukkan racun lipan pada makanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar itu ditahan di kediamannya di Sri Aman pada pukul 2.30 pagi Jumaat.
Katanya, kejadian meracun rakan sekelasnnya itu didakwa berlaku di sebuah sekolah di Sri Aman pada tengah hari Khamis.
“Kami telah menahan budak lelaki berusia 13 tahun dan merampas sekotak racun lipas,” katanya.
Dev menambah, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan meracun.
Beliau b erkata, mangsa yang juga berusia 13 tahun dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh kakitangan sekolah berkenaan selepas mulai muntah hanya beberapa minit selepas menjamah makanan yang diberi suspek.
Kata Dev, bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman selepas seorang guru memaklumkan mengenai tindakan budak lelaki itu meracun anaknya.
“Siasatan awal mendapati suspek membawa bekas berisi mi dan memberinya kepada mangsa, sebalum mangsa mulai muntah dan dibawa ke hospital,” katanya sambil menambah mangsa masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Dev berkata, susulan kejadian itu, suspek yang panik telah lari meninggalkan sekolah sebelum ditahan polis di kediamannya.
Sumber: Mstar
Sumber Budak tingkatan 1 racun rakan sekelas, masukkan racun lipan dalam makanan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uI3xKd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment