Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Sunting Gambar Pemimpin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Sunting Gambar Pemimpin



Perbuatan seorang pembantu kedai kasut yang menghantar komunikasi jelik dengan cara menyunting gambar Perdana Menteri bersama wanita berpakaian mencolok mata di laman Facebook miliknya tahun lalu menerima padah selepas dia didenda RM3,500 dan dipenjara sehari. 

Hakim Mahkamah Sesyen Zaman Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Abdullah, 40, selaku orang kena saman (OKS) selepas menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes semalam.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara empat bulan jika gagal membayar de­nda itu. Muhammad Zaidi membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, Muhammad Zaidi didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook akaun Zaidi Zura secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. 

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.07 pagi, 3 Disember 2016 diikuti pukul 6.31 petang, 5 Disember 2016 dan pukul 7.35 petang, 6 Disember 2016. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan jika sabit kesalahan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gPwaju

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.