AS Desak China Buat Keputusan
NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) sudah menghentikan perbincangan mengenai Korea Utara dan menggesa China membuat keputusan segera berhubung pelaksanaan sekatan lebih keras ke atas rakan sekutu mereka itu.
Duta AS ke PBB, Nikki Haley, dalam satu kenyataan berkata, resolusi baharu oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak membawa kepada peningkatan tekanan antarabangsa ke atas Korea Utara, tidak membawa makna.
AS menerbangkan dua pengebom supersonic B-1B sebagai simbol kekuatan selepas Pyongyang melancarkan ujian kedua peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Jumaat lalu.
"China perlu memutuskan apakah mereka bersedia mengambil langkah penting ini. Tempoh berunding sudah berakhir," katanya.
Wakil China ke PBB belum memberi maklum balas berhubung kenyataan berkenaan.
AS sebelum ini mengadakan beberapa rundingan dengan rakan sekutu Korea Utara itu bagi membincangkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan sekatan lebih keras ke atas Korea Utara.
Selasa lalu, Haley berkata rundingan bersama China memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wd5o7x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment