Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya

KASIH ibu membawa ke syurga. Kasih ayah sepanjang masa.

Namun ada seorang anak sanggup dan tergamak memaki ibu kandungnya sendiri hanya kerana wanita tua itu tidak sengaja terpijak kasut si anak.

Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya

Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya

Kejadian yang berlaku pada 10 Julai lalu itu telah menyebabkan si anak terjatuh di landasan MRT Singapura dekat stesen Lakeside.

Tapi kalau nak diikutkan, kalau malu sekalipun tidak sepatutnya dia memaki ibu kandungnya sedemikian.

 

Menurut portal Dream Co.Id, rakaman video tersebut telah tersebar menerusi laman Everyday SG.

Gadis itu kelihatan memarahi ibunya yang sedang duduk dan menyoal ibunya.

“Waktu saya masuk, mak pijak kasut saya. Tak boleh ke tunggu sekejap pun?”soalnya seperti yang terdapat dalam rakaman tersebut.

Makian gadis tersebut tidak terhenti di situ sahaja.

Pada saat ke-50 video tersebut, gadis itu kelihatan menghulurkan tangannya dan berkata: “Boleh bagi duit sekarang?”

Kerana sayangkan anak, si ibu memberi beberapa keping wang dolar Singapura kepada anak perempuannya.

Berang kerana wang tidak mencukupi, si anak terus meninggikan suara kepada ibunya dan mereka telah berdebat sesama sendiri.

Akhirnya gadis itu menyuruh ibunya turut sama turun di satu stesen untuk ikut membeli kasut baru.

Mungkin kerana masih bengang, gadis itu sekali lagi menjerit kepada ibunya sambil berkata, “Jangan menjerit dekat saya, sekarang semua salah mak OK!”

Ehh siapa yang sepatutnya marah? Mak ke anak? Siapa yang biadap? Sebab mak terpijak kasut pun nak maki sampai macam tu sekali.

Tak takut ke kalau derhaka dengan mak, nanti tidak pasal-pasal boleh kena sumpah jadi batu macam cerita legenda Si Tanggang! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Via: Mynewshub



Sumber Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tRUx4n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.