Bom Lama Di Sandakan Akan Diletupkan Petang ini
SANDAKAN: Beberapa batang jalan di bandar ini akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada tugas meletupkan sebutir bom lama yang dijumpai di tanah lapang bersebelahan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) petang ini.
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua itu seberat 269 kilogram ditemui pada Jumaat lalu ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan jalan raya dilakukan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata kerja meletupkan bom itu akan dilakukan antara 3 hingga 4 petang.
Jalan yang akan ditutup ialah Jalan Lintas Utara daripada Bulatan Nasalim hingga Bulatan Helang dan Jalan Kem Tentera berhadapan Pejabat JPJ dan sehubungan itu waktu operasi Pejabat JPJ berkenaan juga akan ditutup mulai 3 petang, katanya dalan satu kenyataan.
Beliau menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan jalan alternatif manakala penduduk setempat tidak perlu merasa panik dan menjauhi kawasan berkenaan. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdpJfL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment