Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Buat Pes Tomyam Paling 'Kaw', Dah Boleh Buat Sendiri, Tak Payah Beli Lagi... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Buat Pes Tomyam Paling 'Kaw', Dah Boleh Buat Sendiri, Tak Payah Beli Lagi...


Peminat tomyam memang ramai sebab tu banyak saja restoran Thai di sini. Masakan ini dah sinonim dengan lidah kita. Memang boleh dibeli tapi kalau asyik makan tomyam dari restoran bosan juga. 

Lagipun selalu saja hidangan ini kalau dibeli tak kena dengan selera kita yang mahukan tomyam kaw. Ha... kalau nak tomyam yang kaw dan meletop rasanya kenalah buat sendiri. Melalui carian resepi di Facebook, pes tom yam dari Puan Norashikin Bt Hasan inilah paling popular. 


Ia dikongsi hampir 15k pengguna di laman sosial ini. Sah sedap kalau macam ni kan! Buat pes lagi jimat, sekali buat boleh disediakan banyak kali dan mudah pula. Sesuai sangat untuk ibu bekerja yang tak punya banyak masa untuk memasak. Selamat mencuba! 

Bahan-Bahannya:
  • 2 biji bawang besar 
  • 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus) 
  • 2 biji cili hidup merah 
  • 5 hiris lengkuas 
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum) 
  • 4 sudu makan udang kering 
  • 10 ekor ikan bilis ( jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood) 
  • 4 inci belacan 
  • 3 sudu cili kering siap kisar 
  • Air asam jawa, 
  • Gula perang, 
  • Garam asli 

Cara Penyediaan: 

1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat. 

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik

3. Bila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau. 

4. Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan) 

5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. 


INFO Jika suka tom yam yang pedas, sewaktu memasak masukkan cili padi mengikut kepedasan yang diingini. 



Kredit: FB Norashikin Bt Hasan , Vanilla Kismis


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPYi9w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.