Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dadah RM6.2j Dirampas, 12 Individu Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dadah RM6.2j Dirampas, 12 Individu Ditahan

JOHOR BAHRU – Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM6.2 juta dan menahan 12 individu dipercayai anggota sindiket memproses dadah dalam lima serbuan sekitar bandaraya Johor Bahru pada Isnin lepas (10 Julai).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata  turut dirampas dalam serbuan itu sebutir bom tangan, empat pucuk pistol dan 140 butir peluru.

Beliau berkata serbuan di kawasan Perling, Larkin dan Bandar Dato’ Onn itu membabitkan penahanan  12 individu terdiri daripada lima lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Singapura, seorang lelaki warga Vietnam, empat wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai anggota sindiket pemprosesan dadah.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 dan 58 tahun. Hasil siasatan juga mendapati terdapat pelbagai jenis dadah yang diproses oleh sindiket itu antaranya syabu, ketamin dan kokain yang dipercayai dijual bagi pasaran Indonesia dan Singapura,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Nilai sitaan harta dianggarkan sebanyak RM620,000 termasuk pelbagai wang tunai bernilai RM57,000, tujuh buah kenderaan, tujuh utas jam tangan dan pelbagai jenis barang kemas. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2td6WkR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.