Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Membolehkan Anda Berkongsi Facebook Stories Secara Perkongsian Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Membolehkan Anda Berkongsi Facebook Stories Secara Perkongsian Awam

Facebook dalam usaha untuk bersaing dengan Snapchat, mereka telah memperkenalkan ciri perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam pada sejumlah platform mereka – termasuk pada laman sosial mereka sendiri dinamakan Facebook Stories.

Ketika pengenalan, Facebook Stories hanya ditawarkan khusus untuk para pengguna untuk berkongsi ia dengan mereka yang telah ditambah sebagai rakan sahaja. Ini membuatkan sejumlah pengguna lain – seperti “Followers” tidak dapat mengikuti Facebook Stories seseorang.

Facebook Stories

Kini, laman sosial berkenaan dilihat telah mengubahnya, dan turut menambah tetapan untuk perkongsian awam. Melalui tetapan ini, perkongsian Facebook Stories anda turut boleh diakses dan dilihat oleh sejumlah pengguna lain walaupun mereka bukan rakan anda.

Seperti biasa, pengguna boleh mengawalnya, dan ia bergantung kepada pengguna tersebut sendiri sama ada mengehadkan sesuatu Facebook Stories itu dikalangan rakan-rakan sahaja, atau terbuka untuk awam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eZizW4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.