Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gurauan mati bersama termakbul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gurauan mati bersama termakbul

Gurauan mati bersama termakbul|Gurauan seorang wanita untuk mati bersama suaminya menjadi kenyataan apabila pasangan tersebut meninggal dunia secara serentak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor malam tadi.

Kalau nak mati saing-saing…itulah antara antara jenaka yang diungkapkan Allahyarham Maimunah Abd Wahab, 52, kepada suaminya Jamaludin Chemin, 56.

Ibu saudara Jamaludin, Mardiah Husin, 56, berkata, suami isteri berkenaan merupakan pasangan yang sangat ceria dan hasil perkahwinan mereka memiliki enam orang anak.

Katanya, Maimunah seorang isteri yang sangat menyayangi suaminya malah dikalangan keluarga dan rakan-rakan mereka juga sudah tidak hairan apabila melihat pasangan tersebut mempamerkan kasih sayang setiap hari.

“Mereka memang pasangan yang ceria dan tidak seperti pasangan lain. Kemesraan dan kasih sayang mereka dapat dilihat jelas bila hendak keluar dia bersalam dengan suaminya, bercium pipi.

“Pernah arwah berseloroh kalau nak mati sama-sama. Tak sangka pula ajal mereka bersama,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Jamaludin di Felda Penggeli Timur, juga di Kota Tinggi.

Mardiah berkata, dia dimaklumkan ketika kejadian pasangan berkenaan bersama tiga anaknya dalam perjalanan untuk ke rumah kakak Maimunah di Felda Air Tawar 2 untuk beraya.

Menurutnya, dia difahamkan selepas beraya di Felda Air Tawar 2, keluarga berkenaan sepatutnya ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk menghantar barang kepada anak bongsu mereka yang menuntut di tingkatan empat.

“Mereka sekeluarga menaiki Perodua Axia baru beberapa bulan dibeli milik anaknya yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Kami difahamkan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala seorang lagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat cedera parah dialami,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu pasangan suami isteri berkenaan maut manakala 10 lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Felda Air Tawar 2 malam tadi.

Jenazah pasangan berkenaan selamat dikebumikan di kira-kira jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Felda Penggeli Timur.

 

The post Gurauan mati bersama termakbul appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxGeTm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.