Hebat PAKATAN, semua orang dah melatah!
Semuanya berebut-rebut nak komen. Dari yang bergelar pakar, orang politik dan bebudak hingusan
Hari ini RoS pula kena tekan......
Mana dia tahu yang setiap kepala ada haluan masing-masing?
Tapi lebih baik dari semuanya 'Pok Kor Angguk'
Pakatan Tiga Nakhoda Bakal Tenggelam - TPM
Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 7:50 PM
TANGKAK: Tindakan pembangkang meletakkan tiga nama sebagai pemimpin teratas dalam pakatan mereka boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga nakhoda yang bakal tenggelam kerana haluan berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, rakyat perlu menilai bagaimana sebuah pakatan mampu bergerak apabila setiap pemimpinnya mempunyai haluan sendiri tanpa adanya pemimpin utama.
"Lazim hukum akal, kapal yang ada tiga nakhoda akan terumbang ambing (kerana) ada yang mahu ke kanan dan ke kiri, (akhirnya) kapal akan tenggelam. Pakatan tiga nakhoda akan tenggelam di lautan politik.
"Kita bukan mahu mempertikaikan soal dalaman mereka, tetapi mahu rakyat analisis jika hala tuju berbeza ke mana haluan mereka. Lihat rekod kejayaan kita (Barisan Nasional) yang mampu membela rakyat hasil konsep perkongsian kuasa," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Ledang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, Sabtu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kira-kira 800 anggota perwakilan bahagian itu.
Pada Jumaat, Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Umum manakala isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai Presiden.
Ahmad Zahid berkata, melalui konsep perkongsian kuasa yang dilaksanakan, BN terbukti berjaya membela nasib rakyat dan Umno sebagai sebuah parti utama pakatan itu tidak pernah melupakan perjuangannya demi orang Melayu dan agama Islam.
"Umno perjuangan Melayu dan Islam tidak dilupakan tetapi dalam masa sama bukan Melayu dan bukan Islam juga tidak pernah kita lupakan atas dasar perkongsian kuasa BN," katanya.
Beliau berkata, Tsunami Melayu yang dicanang pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 hanyalah sebuah perang psikologi demi mendapatkan sokongan rakyat.
"Mereka mengajak orang Melayu wujudkan satu gelombang sokongan kepada mereka walapun tahu sokongan (kepada) mereka adalah pada tahap minimum. Pilihan raya bukan berasaskan kajian tetapi kerja sebenar parti justeru kita harus memenangi minda dan hati pengundi," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media kemudian, Ahmad Zahid berkata, beliau percaya Pakatan Harapan akan mendaftar sebagai entiti politik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akhirnya meletakkan calon-calon dengan lambang yang sama untuk pilihan raya umum yang akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya memastikan ia komited untuk memenuhi peraturan Akta Pertubuhan 1966 sebagai sebuah entiti gabungan parti-parti politik.
"Tentunya ROS akan bertindak profesional mengikut perundangan yang ada seperti yang diperuntukan dalam akta pertubuhan 1966 serta meneliti perlembagaan parti berkenaan,” katanya. - Bernama
Hari ini RoS pula kena tekan......
Mana dia tahu yang setiap kepala ada haluan masing-masing?
Tapi lebih baik dari semuanya 'Pok Kor Angguk'
Pakatan Tiga Nakhoda Bakal Tenggelam - TPM
Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 7:50 PM
Ahmad Zahid Hamidi

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vow7gN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment