Hi! Welcome Back and Stay Tune! I Am Me ke Ayam Mi? Netizen Persoal Sebutan Dato’ Vida - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

I Am Me ke Ayam Mi? Netizen Persoal Sebutan Dato’ Vida

JIKA dahulu mungkin ada pernah terhibur dengan lagu jenaka bertajuk Ayam, yang dipopularkan oleh pelawak Jalil Hamid.

Kini jutawan kosmetik sensasi terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Vida turut mendapat tempias haiwan unggas tersebut.

Ia susulan ramai netizen mempersoalkan cara sebutan Vida dalam video liriknya yang semakin meningkat naik baru-baru ini sama ada berbunyi I am me ke atau ‘ayam mi’?

Vida dalam respons spontan berkata, beliau memang sengaja membuat sebutan ‘I am me’ dengan bunyi ayam atas alasan supaya ia lebih cathchy dan sedap didengar.

“Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am. I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam bunyi kucing pun ada ‘miow‘,” ujarnya memetik mStar Online.

“Ada juga yang kata bahasa Inggeris saya berbunyi begitu kerana slang bahasa Kelantan. Tidak kisahlah nak cakap apa,” tambahnya lagi secara bersahaja.

Video lirik berjudul I Am Me hasil ciptaan Edry Abdul Halim itu,  mendapat lebih 200,000 tontonan di Youtube sejak 14 Julai lalu.

Video tersebut turut mendapat lebih 1,000 komen positif dan tidak kurang juga negatif.

Menurut Vida, sambutan terhadap lagunya setakat ini bukan sahaja di Malaysia. Malahan turut mendapat sambutan negara jiran seperti Indonesia.

Vida merupakan anak kelahiran Kelantan dan mendapat kelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah). Beliau kini antara usahawan terhebat di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : Amy Maizura

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uDmVJk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.