Hi! Welcome Back and Stay Tune! Itukah cara mereka kerja........buat surat rasmi pun kena menteri yang arah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Itukah cara mereka kerja........buat surat rasmi pun kena menteri yang arah?

Akhirnya surat rasmi ROS untuk DAP tiba jua
mk    -  17 Jul 2017, 3:59 petang
DAP akhirnya menerima surat makluman rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Memaklumkan mengenainya Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, surat berkenaan diterima pagi tadi.

"CEC akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan kandungannya. Satu kenyataan akan dikeluarkan selepas itu," kata Gobind di Facebook.

Semalam anggota parlimen Puchong itu memberitahu DAP masih belum menerima surat makluman rasmi mengenai arahan ROS walaupun tempoh yang diberikan parti itu - pada jam 5 petang Jumaat lalu - berakhir.

"Nampaknya seolah-olah ROS tak ada asas untuk menyokong kepuutusannya, dan tiada kesungguhan profesional untuk menulis kepada kami secara rasmi menyampaikan keputusan berkenaan," katanya.

Tak boleh melalui mulut

ROS pada 7 Julai lalu mengeluarkan kenyataan meminta DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC parti itu kerana menganggap pelantikan dan pemegang jawatan utama yang dibuat pada 29 September 2013 tidak sah.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum membuat keputusan berkenaan.
Ahmad Zahid kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh ROS hendaklah berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menganggap arahan berkenaan sebagai "pelik" kerana ia dikeluarkan selepas empat tahun pemilihan dibuat.
Selepas bermesyuarat DAP kemudian memberikan tempoh 48 jam kepada ROS untuk mengeluarkan surat rasmi memaklumkan keputusan berkenaan.
Sementara itu semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata ROS mesti mengeluarkan surat arahan rasmi kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula parti.
"Arahan itu tidak boleh dibuat melalui mulut, arahan lisan, tak boleh tanpa (makluman) rasmi," katanya dilaporkan media.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbDd9n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.