Jumpa bom lama
PEKERJA ladang kelapa sawit berhampiran FELDA Taib Andak, Kulai, Johor, menemui bom lama ketika menjalankan kerja mengangkut buah sawit, pada 10 pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, pekerja lelaki dipercayai warga Indonesia menemui bom berukuran 0.5 meter yang pada mulanya disangka besi buruk.
Lelaki itu kemudian menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom itu.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan mendapati ia adalah bom lama.
"Tindakan susulan dilakukan dengan memusnahkan bom berkenaan di kawasan selamat," katanya.-HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vWrT1d
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment