Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 6 tahun disyaki dijangkiti rabies di Melaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 6 tahun disyaki dijangkiti rabies di Melaka

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang kini dirawat di Hospital Melaka disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila selepas mendakwa terkena gigitan anjing ketika pulang ke kampung di Serian, Sarawak kira-kira sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Ghazali Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Beliau berkata, kanak-kanak itu pada awalnya dibawa oleh bapanya ke Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka pada 12 Julai lalu untuk menerima rawatan pesakit luar ekoran demam yang tidak surut sejak hampir sebulan lalu.

Mangsa kemudian dirujuk dan dimasukkan ke wad Hospital Melaka selepas dimaklumkan ada terkena gigitan anjing ketika pulang bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka di Serian.

Jelas Ghazali, ujian kesihatan telah dilakukan terhadap kanak-kanak itu dan keputusan ujian itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Buat masa ini katanya, kanak-kanak itu ditempatkan di wad kanak-kanak biasa dan keadaannya dilaporkan stabil.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSeRCN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.