Kebenaran refinancing pelabur baru wajib tahu. Idea No. #3 paling ngam untuk anda buat
“Bila Tok sebut refinancing, apa yang timbul kat dalam kepala otak korang?”
Mesti ramai yang nak buat refinancing, berkongsi niat yang sama – nak dapatkan kadar interest yang lebih rendah, atau dapatkan tunai.
Mungkin ramai yang pilih refinancing sebagai strategi utama untuk tujuan ini.
Cuma, ini bukan satu-satunya cara yang ada. Ada je cara lain yang lebih mudah dan murah untuk korang buat.
Buat yang tengah fikir nak buat refinancing tu, jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Khairul Ezuwan ini sekarang.
Interest rate lebih rendah?
Ini mungkin perkara yang ramai orang tak sedar. Puncanya, kerana mereka hanya melihat kepada promo rate yang lebih baik.
Contohnya, effective rate sekarang 4.8%. Dan bila nak buat refinancing dengan bank lain, korang boleh dapat kadar yang lebih rendah, sebanyak 4.5%.
Kat sini, korang boleh nampak untung daripada segi rate dan installment bulanan, boleh berkurang berbanding yang sedia ada.
Ada lagi benda yang wajib kita ambil kira
Cuma, mungkin ramai yang tak sedar akan kos atas refinancing tersebut.
Contohnya, pembiayaan rumah sebelum ni adalah RM300,000. Lepas korang dah bayar selama 5 tahun, baki baru berkurang dalam RM10,000.
Bermakna, ada lagi outstanding RM290,000.
Maka, korang pun bercadang nak buat refinancing. Dengan harapan, korang boleh dapatkan rate yang lebih rendah, atau tarik tempoh pembayaran yang lebih panjang.
Ini boleh jadikan monthly installment korang lebih rendah berbanding sebelum ni.
Ramai yang tak nampak perkara ini
Tapi tak ramai yang sedar perkara ni. Bila korang buat refinancing, ada beberapa perkara yang korang wajib teliti dulu.
Ada beberapa kos yang korang perlu tanggung seperti :
- Legal fee,
- Duti setem,
- Kos valuasi, dan juga lain-lain kos yang terlibat.
Sebagai contoh, saya ambil kiraan mudah untuk kira kos ini :
- 3% (Kos untuk legal fee, dan sebagainya) X RM290,000 (Jumlah refinancing) =
- RM8,700.
Jumlah yang korang dapat ni, korang akan add on dalam pembiayaan yang korang dah buat sebelum ini.
Maka, naik la semula hampir sama dengan pembiayaan asal 5 tahun lepas, walaupun bayaran installment akan berkurang sikit.
Dan perkara ni akan berterusan. Lepas 5 tahun lagi, akan muncul lagi offer rate yang lebih rendah, dan korang akan buat refinancing lagi.
Sudahnya, sampai ke sudah baki korang tak turun-turun.
Biasa la tu. Bank promo akan cuba nampakkan berapa banyak yang korang boleh jimat (kononnya).
Jadi, ada tak pilihan yang lain untuk kita guna, selain kaedah refinance?
Idea #1 : Terus tanya dekat bank
Sebenarnya, untuk dapatkan rate yang lebih rendah, korang tak payah susah-susah buat refinancing pun.
Korang boleh je tulis surat kepada bank dan request untuk buat reduction rate. Dan kalau korang jenis yang tak buat hal, senang-senang je bank luluskan permohonan korang tu.
Kalau jenis bayar ansuran tak tepat pada masanya, memang susah sikit la bank nak luluskan request korang tu.
Nota tambahan : Dekat bank, mereka ada customer segmentation seperti mass, mass affluence, dan juga high-end customer. Biasanya, mereka berpandukan status ini, dan jugak rekod bayaran balik yang baik.
Biasanya, bank akan tambah clause baru semasa nak bagi kelulusan untuk reduction rate ni seperti lock-in period, ambil produk lain (seperti Takaful atau wasiat, dan sebagainya), atau sebagainya yang mereka rasakan sesuai.
Idea #2 : Dari konvensional ke Islamic?
Kalau rumah korang yang sekarang pakai loan jenis konvensional, dan korang mampu untuk buat refinancing kepada Islamic Financing, itu yang wajib korang buat.
Tau tak korang?
Kalau refinance loan rumah konvensional korang kepada Islamic financing, korang akan terkecuali daripada kena bayar duti setem ke atas pembiayaan tersebut.
Idea #3 : Nak fast cash – Apa lagi lagi kaedah selain refinancing?
Kalau korang nak refinance sebab nakkan extra cash, itu terpulang kat diri korang sendiri. Secara personal, kalau ada keperluan ni, saya takde sebarang tentangan.
Tapi sebelum pilih untuk gunakan kaedah refinancing, korang boleh cuba tengok dan kaji dulu kaedah top-up financing dengan bank yang sama terlebih dulu.
Ini sebab kos yang korang kena tanggung bila buat top-up financing hanya pada stamping, serta urusan untuk perkara ni adalah lebih cepat berbanding kalau korang buat refinancing.
—
Biasanya, orang buat refinancing untuk dapatkan cash.
Tapi kalau korang buat refinancing, banyak perkara yang korang kena sediakan. Tu tak termasuk dengan pelbagai kos yang korang kena tanggung.
Baik lagi korang buat top-up financing. Tak payah dah nak tanggung kos fi yang tinggi dan proses nak dapatkan cash, adalah lebih cepat berbanding kalau korang buat refinancing.
The post Kebenaran refinancing pelabur baru wajib tahu. Idea No. #3 paling ngam untuk anda buat appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vcanbo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment