Kepemimpinan Baharu Pembangkang Tak Gugat BN Sabah
SEPANG – Pengumuman barisan baharu kepemimpinan pakatan pembangkang tidak sama sekali menggugat kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sabah, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata selain kabur dengan hala tuju gabungan itu, sejarah hubungan dan pertelingkahan tiga pemimpin utama pakatan itu juga menjadikan pembangkang sukar untuk berpadu dan bergerak membentuk gandingan yang mantap.
“Tiga pemimpin utama mereka ada sejarah tersendiri iaitu tidak boleh bertentang mata sebelum ini yang tentunya mewujudkan suasana sukar dalam membuat keputusan antara mereka.
“Bila antara mereka sudah ada perasaan itu, bagaimana mereka boleh bergerak seiring bagi membentuk pakatan yang mantap,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program berbasikal “Carbon Neutral Activity 4 – Sun Suria City Eco Charity Bicycle Ride” di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada struktur kepemimpinan baharu pakatan pembangkang, yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilantik sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua umum) manakala isteri Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden).
Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata secara umum, ketiga-tiga mereka memang dilihat seakan bekerjasama tetapi percaya realiti adalah sebaliknya.
“Sebab itu, saya yakin ia tidak akan menggugat kekuatan dan peluang gabungan Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), khususnya di Sabah, “ katanya.
Dalam pengumuman struktur kepemimpinan baharu Jumaat lepas, pembangkang turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) sebagai timbalan presiden.
Mengenai acara kayuhan itu, Kurup berkata program itu bagi menyemarakkan rasa cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam memperbanyakkan program membentuk detik-detik perpaduan dan kebersatuan dalam kalangan rakyat.
Program itu juga merupakan satu langkah proaktif badan bukan kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup sihat, katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYcn4t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment