Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu

KUALA LUMPUR: Kerajaan bekerjasama dengan pengendali media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi memadamkan akaun palsu yang digunakan untuk tujuan negatif.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata beberapa bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak tersebut bagi membantu mereka memadamkan akaun palsu itu.

"Ada antara akaun palsu ini menggunakan platform luar negara dan sehingga kini kita sudah melakukan perundingan dengan mereka, ada yang sudah diambil tindakan (menutup akaun palsu).

"Bagi akaun palsu yang dihos dalam negara, tiada masalah kita boleh padam terus," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini, Isnin malam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Sebelum ini, dari Januari hingga Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima aduan awam hampir 1,500 akaun palsu di platform media sosial yang digunakan untuk tujuan negatif termasuk penyebaran berita palsu dan serangan fitnah terhadap pemimpin negara.

Bagaimanapun Salleh tidak menjelaskan secara terperinci berapa jumlah akaun palsu yang sudah dikenakan tindakan kerana perkara itu masih dalam proses siasatan termasuk mendapatkan bahan bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang.

-- BERNAMA 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3ftnE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.