Kucing jatuh cinta dengan kucing sebelah rumah, datang melawatnya hampir setiap hari selama 2 tahun.
Sophie, seekor kucing betina yang gebu, dan Scottie pula merupakan seekor kucing jantan sebelah rumah yang telah jatuh cinta dengan Sophie.
“Saya masih ingat mula-mula saya membawa Sophie keluar, Scottie akan menghampiri dan pandang daripada seberang laman rumah atau seberang jalan tanpa datang terlalu dekat,” kata tuannya kepada Love Meow.
Scottie akan selalu menjaga jarak antara Sophie supaya kucing pujaannya itu tidak hilang daripada pandangannya.
Tetapi tidak lama selepas itu, ia menjadi semakin berani untuk menghampiri Sophie dengan lebih dekat sambil menanti jika Sophie sudi duduk bersamanya.
Sophie pula sebaliknya bertindak dengan tidak menghiraukan kedatangan Scottie.
Scottie mengambil masa beberapa minggu untuk memperkenalkan dirinya kepada si pujaan hati. “Kegigihannya mula membuahkan hasil apabila Sophie membenarkan Scottie untuk duduk dengannya,” tambah tuannya lagi.
Selepas 2 tahun, mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan! “Mereka begitu comel bersama.
Scottie akan mengikut sahaja apa yang Sophie lakukan. “Scottie merupakan kucing jiran yang sangat comel. Apa yang benar-benar ia mahukan adalah berkawan dengan Sophie.”
h/t: Bored Panda /Instagram
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulhVIK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment