Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki tuduh Sofi Jikan ngorat isterinya mohon maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki tuduh Sofi Jikan ngorat isterinya mohon maaf

AKHIRNYA… terpaksa minta maaf. Itulah yang berlaku ke atas seorang lelaki yang menuduh pelakon Sofi Jikan mengurat pasangannya apabila dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kenyataan dia itu menjadi tular di laman sosial.

Individu yang dikenali sebagai Rayyan Haidaritu berkata, dia hanya salah sangka dengan tindakan pelakon KL Gangster  itu yang memberikan senyuman kepada pasangannya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Jawi, Pulau Pinang pada minggu lalu.

Baca artikel sebelum: “Bila masa saya mengorat bini dia?” – Sofi Jikan bengang dituduh ushar isteri orang, hanya balas senyuman peminat

“Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.

“Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial,” ujarnya.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Sofi berang apabila dituduh memandang dan senyum kepada seorang wanita kononnya berstatus isteri orang di sebuah restoran di Pulau Pinang.

Menerusi laporan mStar Online, aktor itu, menjelaskan niatnya membalas senyuman kepada seorang peminat dan bukan mengurat wanita berkenaan seperti dituduh pemuda tersebut.

Dalam pada itu lelaki berkenaan berkata, dia juga sudah bertemu dengan Sofi bagi menjernihkan keadaan tersebut.

“Saya telah pun bersemuka dengan Sofi dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sofi berkata, perkara tersebut sudah diselesai secara baik apabila lelaki berkenaan datang bertemunya untuk meminta maaf, pada malam Sabtu lalu.

Tambahnya, dia juga tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu.
Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utMN9W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.