Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa kedua jatuh kolam meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa kedua jatuh kolam meninggal dunia

ALOR SETAR: Seorang lagi kanak-kanak mangsa lemas akibat terjatuh ke dalam sebuah kolam terbiar di Kuala Nerang Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pagi ini.

Muhammad Rusyaidi Muhammad Na'am, 5, yang koma sebelum ini dan ditempatkan di Wad Rawatan Rapi Pediatrik HSB, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 9.24 pagi tadi.

Menurut ibu mangsa Kharuni Nan, 32, selepas jantung kanak-kanak itu kerapkali terhenti malam tadi, doktor cuba menyelamatkan nyawa anaknya itu, namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya.

Bagaimanapun, katanya, dia sekeluarga reda dengan takdir itu selepas dua hari melihat keadaan anaknya yang sebelum ini aktif, tiba-tiba menjadi kaku, di atas katil, dengan tubuhnya dipenuhi wayar.

BACA: Kanak-kanak mati lemas di kolam terbiar

BACA: Pilu lihat bapa angkat jasad Nur Damia mangsa lemas

BACA: Semua pemilik kolam dan tempat tadahan air wajib memasang pagar

Mayat Muhammad Rusyaidi dihantar ke Unit Forensik HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Semeliang, Kuala Nerang petang ini.

Dalam kejadian 13 Julai lalu, Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5, ditemui mati di dalam kolam tadahan air manakala Muhammad Rusyaidi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kedua-dua kanak-kanak itu sebelum itu dikatakan bermain di kawasan dusun dan telah pergi ke kolam itu, terjatuh serta ditemui terapung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWZU2n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.