Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minyak Mentah Sedikit Tertekan Selepas Data Negatif API Pada Selasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minyak Mentah Sedikit Tertekan Selepas Data Negatif API Pada Selasa

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih tinggi pada Selasa sebelum kehilangan keuntungan tersebut apabila laporan inventori API (American Petroleum Institute) di Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan 1.63 juta tong pada minggu lalu.

Minyak Brent (Brent-oil) naik 0.04% kepada $48.88 setong setakat pukul 4.07 pm, manakala WTI (West Texas Intermediate) naik 0.04% kepada $46.41 setong.

Pengurangan inventori yang direkod oleh US minggu lalu telah menunjukkan kesannya kepada pasaran apabila minyak mentah dunia naik dalam beberapa sesi dagangan sebelum ini.

Data yang dikeluarkan oleh API melaporkan inventori minyak mentah bertambah sebanyak 1.63 juta tong pada minggu berakhir 14 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3 juta tong.

Data EIA (Energy Information Administration) pula akan menjadi fokus pedagang komoditi hitam malam ini yang akan dikeluarkan pada pukul 10.30 pm.

Harga minyak mentah dilihat tertekan sejak beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

The post Minyak Mentah Sedikit Tertekan Selepas Data Negatif API Pada Selasa appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tF5KlK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.