“Tiada Apa-apa Masalah Antara Saya Dengan Farid” – Diana
Selepas berdiam, aktres Diana Danielle akhirnya menjelaskan sebab mengapa dia dan suaminya Farid Kamil tidak menyambut Aidilftri bersama tahun ini kerana dia terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.
“Memandangkan keadaannya begitu lemah, ibu memerlukan penjagaan rapi.
“Ia bukan seperti didakwa pihak terbabit. Tiada apa-apa masalah di antara saya dengan Farid. Saya cuma menjalankan tanggung jawab saya sebagai anak. Itu saja.
“Aidilfitri tidak bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak-anak gembira di Kedah kerana mereka ada ramai sanak-saudara di sana dan Farid juga bersama mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Spekulasi kononnnya rumah tangga pasangan selebriti popular ini dilanda masalah apabila masing-masing memilih untuk menyambut Aidilfitri secara berasingan, baru-baru ini.
Farid meraikannya di Alor Setar, Kedah bersama Muhammad dan anak bongsu mereka, Nur Aurora, 2, manakala Diana di Kuala Lumpur bersama ibu dan adiknya.
Dalam pada itu Diana berkata, dia tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang ditimbulkan segelintir netizen.
“Jika saya terus memberi maklum balas terhadap isu yang tidak berasas, saya semakin membuka ruang sebagai sasaran mudah mereka.
“Saya enggan menjadi sasaran mereka dan mangsa buli netizen. Lebih banyak perkara berfaedah yang perlu diberi tumpuan selain dapat membawa kebaikan,” katanya.
The post “Tiada Apa-apa Masalah Antara Saya Dengan Farid” – Diana appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhay2z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment