Pelajar Perempuan Selfie Selepas Belasah Rakan Berjemaah…
Video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.
Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.
Mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga terjatuh sebelum dipijak dan ditumbuk.
Ketika itu, mangsa merayu supaya diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.
Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
“Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya,” katanya.
Sumber: terengganutimes.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPlmFq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment