Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemacu USB Ini Gabungkan USB-A, USB-C Dan mikro-USB Dalam Satu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemacu USB Ini Gabungkan USB-A, USB-C Dan mikro-USB Dalam Satu

Pemacu USB bukan sesuatu yang baru pada hari ini. Tetapi, dengan kepelbagaian sambungan dan sokongan yang terdapat pada hari ini, mungkin ia menyukarkan anda memilih hanya satu pemacu untuk digunakan pada semua peranti. Untuk mengatasi perkara ini, kini Silicon Power telah hadir dengan sebuah pemacu USB yang unik, dinamakan sebagai Mobile C50.

Melaluinya, ia menawarkan penyambung untuk USB-A, USB-C, dan juga USB Mikro-B. Pada hari ini, terdapat sejumlah pemacu yang hadir dengan dua penyambung, iaitu satu dihadapan, dan satu diletakkan di belakang. Pemacu ini turut menggunakan konsep sama untuk sambungan USB-A dihadapan, dan penyambung USB-C diletakkan di belakang.

Silicon Power C50

Apa pun, yang sedikit uniknya adalah kedudukan penyambung USB Mikro-B yang diletakkan disebalik penyambung USB-A. Pengguna perlu membuka sebahagian penyambung USB-A sebelum dapat mengakses kepada penyambung USB Mikro-B ini.

Dengan langkah ini, ia mampu mengintegrasikan ke semua penyambung USB didalam satu pemacu. Walaubagaimanapun, dari segi kekurangan, hanya penyambung USB-A dan USB-C sahaja menawarkan sambungan USB 3.0, sementara USB Mikro-B hanya menawarkan sambungan USB 2.0 sahaja.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan pemacu berbentuk sebegini sekiranya ia dipasarkan di Malaysia?

Silicon Power C50



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ub6peF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.