Peminat Makanan Arab Boleh Cuba Sajian Paling Murah Di Hotel Lima Bintang
Makanan nasi Arab sering mendapat perhatian peminat tempatan. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Hidangan masakan Timur Tengah ini cukup unik kerana ia disajikan di hotel bertaraf lima bintang kerana pengunjung tidak perlu bersusah payah mencari restoran Arab di Batu Feringghi yang menjadi tumpuan utama malah kini di Teluk Kumbar juga ada.
Segalanya disajikan dengan hidangan yang cukup melazatkan apabila Hotel Lexis Suite Pulau Pinang (HLSPP) menyediakan 33 menu Arab Cuisine sebagai pilihan pengunjung khususnya pada setiap malam Sabtu.
Bermula operasi dari jam 11 pagi hingga 10.30 malam, pengunjung boleh menikmati juadah istimewa yang disediakan chef pelatih yang dibawa khas dari Timur Tengah.
40 HIDANGAN DITEMPAH SETIAP HARI
Pengurus HLSPP, Ben Ho berkata, tarikan istimewa masakan Arab ini terletak pada keaslian menu sajian yang disediakan bermula dari harga serendah RM9 hingga RM55 bagi setiap satu hidangan.
Menurutnya, pengunjung boleh memilih juadah bermula dari hidangan pembuka selera, sup, salad, hidangan utama serta BBQ dan hidangan panas.
"Antaranya Hummus, Fattoush dan Kibbeh, Kambing dan Ayam Mandy, Kebab Halabee Shish Tewooq, Mixed Grilled, Ikan Bakar, Kambing Hanneth dan lain-lain mengikut menu pilihan masing-masing sama ada hidangan di dalam bilik penginapan ataupun makan di Restoran Rossele atau perkhidmatan ke bilik.
"Menu istimewa ini menerima tidak kurang antara 35 sehingga 40 hidangan ditempah setiap hari selain pemintaan yang cukup tinggi daripada pengunjung tempatan termasuk pelancong Arab yang turut menginap di HLSPP," katanya kepada Rojak Daily Skop!.
Ben Ho berkata, hidangan yang cukup melazatkan itu antara termurah di pasaran selain ia turut dihidangkan secara eksklusif di HLSPP dan pengunjung juga boleh menikmati shisha serendah RM40 bersih.
Untuk tempahan boleh melayari laman sesawang HLSPP di http://ift.tt/2vqkvdw berkunjung ke Lexis Suites Penang, No.28, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas Pulau Pinang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vqkvKy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment