Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli  - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu.

Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia

“Tahniah @yardzolkefli , menang pingat emas di #London2017 dan sekali lagi pecah rekod dunia ! #kebanggaanku #Negaraku #MAS,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, hari ini.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun lepas iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m. – BERNAMA

Ziyad Zolkefli Pecah Rekod Dunia di #London2017

Selamat pagi. Atlet lontar peluru kategori F20, Ziyad Zolkefli, sekali lagi memecah rekod dunia — kali ini di #London2017 dengan lontaran sejauh 17.29m! 😮Dan yang paling dahsyat, itu baru lontaran pertamanya! SHARE video ini, beritahu semua kita ada jaguh dunia. 🙌 #KamiTeamMalaysia📹: World Para Athletics

Posted by Team Malaysia on 15hb Julai 2017

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfa6Vl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.