Petua Lama Dari Bahan Dapur Legakan Sakit Tekak, Salah Satunya Guna Kayu Manis Ceylon
Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.
Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.
Bahan Dapur
- 1 ulas bawang putih diketuk
- 2 Halia sebesar ibu jari diketuk
- 1 sudu besar halba
- 1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
- 7 helai daun pudina
- Madu
- Secubit Garam bukit
- 1 hirisan lemon
- Air 450ml
Cara Membuat
1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih
2. Tutup api
3. Tapis masukkan dalam cawan
4. Perah 1 hirisan lemon
5. Masukkan 1 sudu besar madu
6. Masukkan secubit garam bukit
7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan
Amalkan
Minum sehari 2 kali.
In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.
"Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!"
Jangan lupa minum air putih secukupnya.
Sumber: Mingguan Wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvYtpC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment