Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Nikah 14 Ogos Ini
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan merestui perkahwinan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah bersama Dennis Muhammad Abdullah.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat perkahwinan pasangan DiRaja itu akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
Menurutnya, satu Istiadat Meletak Kerja pada 8 Ogos dengan menaikkan bendera Istiadat Kerajaan menandakan permulaan istiadat perkahwinan DiRaja itu.
"Ia disusuli dengan Majlis Tahlil dan Doa kesyukuran pada 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi. Seterusnya Istiadat Pertunangan diikuti Istiadat Nikah pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene, di sini," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.
Katanya, Istiadat persandingan pasangan pengantin DiRaja akan diadakn pada malam 14 Ogos.
"Satu Majlis Bersiram akan diadakan pada 15 Ogos bertempat di bandstand Bukit Bintang, Taman Botani DiRaja Istana Besar.
"Seterusnya, pasangan pengantin DiRaja akan menziarahi makam DiRaja Mahmoodiah pada 16 Ogos," katanya.
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfsxcu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment