Rezeki Terpijak, Stesen Minyak Tolong Jual Nasi Lemak Kakak Dukung Anak
Tular kisah seorang wanita yang gigih mendukung anaknya di bawah cuaca terik sambil berniaga nasi lemaksebelum ini.
Siapa yang dapat menyangka rezeki terpijak wanita ini apabila pihak Stesen Petronas MRR2 Ampang menawarkan untuk menjual nasi lemaknya di premis tersebut mulai Ahad.
Nasi lemak hasil air tangan Nur Ain Kodir, 30, mendapat perhatian sejak gambarnya berniaga bersama anak-anak kecil tular di media sosial.
Menurut penyelia stesen minyak tersebut, Emmawati Tafid keputusan tersebut dibuat untuk meringankan wanita tersebut.
"50 bungkus nasi lemak Kak Ain dijual di dalam premis stesen minyak kami. Orang ramai boleh membeli nasi lemak itu di sini," katanya kepada mStar Online.
Pihak stesen minyak akan menjual nasi lemak tersebut dengan harga asal, RM1 tanpa mengambil apa-apa keuntungan darinya.
Sumber: CARI
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPUfbY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment