“Saya rasa tak sedap hati naik satu pesawat dengan Neelofa” – Fattah Amin mengaku tukar penerbangan atas nasihat keluarga
Percutian Fattah Amin dan Fazura ke Koh Samui baru-baru ini memang hangat diperkatakan, apalagi bila Neelofa turut bercuti ditempat yang sama. Lebih panas lagi apabila Fattah mengakui dirinya memang menukar penerbangan kerana enggan bertemu dengan Neelofa.
“Perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan dan saya juga enggan memperbesarkan. Tetapi, apabila cerita ini ditimbulkan pihak tertentu seolah-olah kami yang bersalah, saya terpaksa menjelaskan situasi sebenar”
“Ada pihak memaklumkan kami akan menaiki pesawat yang sama. Sebaik mengetahuinya, saya mula rasa tidak sedap hati. Bagi saya, lebih baik kami tidak berada dalam pesawat yang sama dengannya. Atas nasihat keluarga, kami menukar penerbangan seterusnya,” katanya kepada Beautiful Nara.
Perkara ini terdahulu dihidu peminat fanatik mereka sehingga laman sosial menjadi medan peperangan kerana masing-masing mempertahankan selebriti kesayangan mereka. Atas sebab itu juga, Fattah tampil memberikan penjelasan ini agar peminatnya memahami situasi beliau.
Diharap peminat dapat menerima penjelasan Fattah, mungkin beliau punya sebab peribadi tersendiri mengapa tidak mahu bersemuka dengan Neelofa. Siapa tahu itu mungkin jalan yang terbaik buat mereka bertiga. Asalkan masing-masing gembira dengan percutian masing-masing.
Sumber: Rotikaya
Sumber “Saya rasa tak sedap hati naik satu pesawat dengan Neelofa” – Fattah Amin mengaku tukar penerbangan atas nasihat keluarga
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBTpn4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment