Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua 25 Kementerian Capai Tahap Cemerlang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua 25 Kementerian Capai Tahap Cemerlang


KUALA LUMPUR – Kesemua 25 kementerian mencapai tahap cemerlang pada tahun lepas berbanding dua tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1.

Menurut intisari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun Persekutuan yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan.

"Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementerian mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementerian pada 2015 dan 24 kementerian pada 2014," menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ni.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) di 25 kementerian, 18 jabatan Persekutuan yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutuan yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Menurut laporan itu, prestasi pengurusan kewangan di 18 jabatan Persekutuan yang diaudit secara tahunan menunjukkan peningkatan dengan 16 jabatan mencapai tahap cemerlang dan dua di tahap baik.

Sementara itu, prestasi pengurusan kewangan di 38 badan berkanun Persekutuan (BBP) yang diaudit secara pusingan setiap tiga tahun sekali menunjukkan 16 BBP berada pada tahap Cemerlang, 19 pada tahap baik dan tiga BBP di tahap memuaskan.

Pengauditan juga telah dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan 15 JBS negeri serta 13 pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri di seluruh negara.

Selain itu, pengauditan juga telah dijalankan di enam pejabat perwakilan Malaysia di luar negara di bawah Kementerian Luar dan di tujuh Pejabat Perwakilan Badan Berkanun Persekutuan di luar negara.

Jabatan Audit Negara turut menjalankan pengauditan secara mengejut di 265 pusat tanggungjawab/Pusat Kos Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri dan daerah di bawah 20 Kementerian serta 148 pejabat di bawah 47 BPP. – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eZLQjF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.