TKP JPJ pun kena saman
TIMBALAN Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 di Mahkamah Majistret Putrajay, hari ini, atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.
Yusoff iaitu Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah dan diwakili pegawai khasnya, mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan.
Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Selain itu, mahkamah memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.
Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Muhd Hafizuddin Mohd Lutfi.
Difahamkan, Yusoff tidak hadir ke mahkamah kerana menghadiri perhimpunan di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uD4nsv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment