Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ubah Wajah Elak Bayar Hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ubah Wajah Elak Bayar Hutang



SHANGHAI – Seorang wani­ta berusia 59 tahun dari bandar Wuhan mengubah wajahnya de­ngan menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk mengelak membayar hutang peribadi berjumlah 25 juta yuan (RM16 juta).

Pihak polis dilaporkan terkejut dengan perubahan dibuat oleh wanita itu yang melarikan diri ke bandar Shenzhen di tenggara China selepas sebuah mahkamah di Wuhan memerintahkannya mem­bayar hutang berkenaan.

“Kami terperanjat melihat wajah wanita itu kerana dia kelihatan seperti wanita berusia 30-an dan berbeza daripada gambar yang kami peroleh,” kata polis berkenaan seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Wanita yang dikenali sebagai Zhu Najuan mengaku menggunakan kad kredit untuk membiayai pembedahan itu selain memiliki kad pengenalan orang lain bagi memudahkannya bergerak di negara ini menggunakan kereta api.

Pada awal bulan ini, wakil daripada lebih 300 bandar di negara ini berjanji memudahkan pemilikan kad kredit bagi memboleh­kan pengguna berbelanja.

Pendekatan itu merupakan usa­ha China mencari sumber baharu bagi perkembangan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan terhadap pelaburan infrastruktur dan industri berat.

Walau bagaimanapun, kemudahan kepada individu itu menyebabkan peningkatan hutang isi rumah yang dianggarkan mencapai 50 peratus pengeluaran da­lam negara kasar pada tahun lalu iaitu dua kali ganda dalam tempoh kurang 10 tahun.

Kerajaan juga berusaha mewujudkan sistem penarafan kredit seluruh negara yang boleh dipercayai selain mencari kaedah ba­ha­ru mengesan mereka yang ti­dak membayar hutang.

Menurut laporan media tempatan, sebuah mahkamah di wi­­layah Jiangsu telah menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar hutang itu.

Sesiapa menghubungi me­reka yang tersenarai melalui tele­fon akan mendengar mesej berbunyi ‘tolong desak individu ini untuk mematuhi undang-undang’.

Lapor Xinhua, bandar Wuhan juga melancarkan beberapa siri serbuan terhadap pemiutang dan menahan 186 orang dalam tempoh setengah tahun ini. – Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdw9eT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.