Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pemain Bola Sepak Roberto Carlos Dijatuhi Hukuman Penjara, Gagal Bayar Nafkah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pemain Bola Sepak Roberto Carlos Dijatuhi Hukuman Penjara, Gagal Bayar Nafkah


RIO DE JANEIRO -- Bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos dijatuhi hukuman penjara kerana gagal membayar nafkah anak, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim sebuah mahkamah keluarga di sini, mendapati Carlos, 44, gagal melunaskan pembayaran nafkah sebanyak 61,000 reais (kira-kira US$20,000) kepada bekas isteri Barbara Thurler.

Bekas pemain sensasi itu mempunyai sembilan anak, dua daripadanya hasil perkongsian hidup dengan Thurler.

Hakim Mayane de Castro berkata, keluarga bekas isteri menolak cadangan Carlos untuk membayar jumlah tunggakan secara ansuran.

Bagaimanapun menurut peguam Fernando Pittner yang mewakli Carlos, perkara itu boleh diselesaikan tanpa memerlukan anak guamnya masuk penjara.

Carlos, yang pernah beraksi sebanyak 125 kali dengan pasukan kebangsaan Brazil, kini menetap di Sepanyol dan menjadi duta untuk kelab bola sepak Real Madrid.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g6PloM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.