DJI Spark Anda Tidak Boleh Diterbangkan Sekiranya Tidak Mengemaskini Perisian Sebelum 1 September
DJI merupakan salah satu jenama terkemuka dalam arena dron. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan DJI Spark yang dijual pada harga RM2288 – yang mana merupakan salah satu dron bersaiz kompak yang memfokuskan kepada kegunaan santai, dan hadir dengan kawalan berasaskan tangan.
Walaupun ia menarik, namun akhir-akhir ini beberapa laporan hadir berkaitan kehilangan kawalan diudara dan melibatkan masalah bateri.
Terkini, pihak DJI telah mula menawarkan kemaskini perisian untuk mengoptimasikan penggunaan tenaga ketika penerbangan, dan pada masa yang sama menambah beberapa ciri-ciri menarik melalui kemaskini baru.
Apa pun, apa yang menjadi fokus utama adalah menurut DJI, pengguna diwajibkan untuk menaik-taraf kepada perisian baru ini, ataupun sebaliknya DJI Spark mereka tidak boleh diterbangkan selepas 1 September 2017 ini.
DJI mengatakan mereka mengambil langkah ini dalam memastikan penerbangan adalah lebih selamat.
Bagi anda yang telah membeli DJI Spark dan menggunakannya, mungkin boleh menyemak kemaskini perisian melalui aplikasi DJI Go 4 App atua melalui DJI Assistant 2 pada desktop.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6HIFA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment