Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Bapa Disiasat Selepas Rantai Anak Nakal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Bapa Disiasat Selepas Rantai Anak Nakal



BEIJING: Sepasang suami isteri diberi amaran oleh polis selepas merantai tangan anak lelaki mereka sebagai hukuman kerana terlalu nakal.

Tindakan pasangan berkenaan terbongkar selepas satu video menjadi tular, memaparkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan kedua-dua tangan diikat dengan rantai di luar rumahnya.

Video berkenaan kali pertama dikongsi di aplikasi WeChat sebelum tersebar di media sosial di China.

Dalam rakaman itu juga, seorang budak perempuan dilihat berkongsi makan sebuku roti dengan kanak-kanak berkenaan.

Media melaporkan, kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Li yang tinggal bersama ibu bapanya di sebuah kampung di daerah Maguan di wilayah Yunnan.

Selepas video berkenaan tular di Internet dan mendapat pelbagai reaksi pengguna, polis menghantar pegawainya menyiasat perkara itu.

Ibu bapa kanak-kanak itu memberitahu polis, anak mereka terlalu nakal dan tidak mendengar arahan.

Mereka mendakwa terpaksa merantai kanak-kanak terbabit bagi mengelaknya merosakkan harta benda jiran.

Pasangan terbabit mengaku mereka merantai tangan kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman sebanyak dua kali pada bulan ini.

Polis kemudian memberi amaran keras dan menasihatkan pasangan berkenaan supaya menghukum anak mereka dengan cara lain.- Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkhv3R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.