Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Bukan Kali Pertama Rafizi Buat Tindakan Memecah Belah Parti – Ketua AMK Pandan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Bukan Kali Pertama Rafizi Buat Tindakan Memecah Belah Parti – Ketua AMK Pandan





Serangan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak terhenti, terbaharu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan, Mizan Adli Mohd Noor juga mendedahkan Ahli Parlimen Pandan itu sebagai tidak berdisiplin kerana tindakannya yang dilihat memecah belahkan parti tersebut.


Mizan Adli yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor menyifatkan tindakan Rafizi yang mengusulkan cadangan supaya satu Kongres Khas diadakan baru-baru ini sebagai tidak bertanggungjawab dan bertujuan menghancurkan parti pembangkang itu.

“Kegagalan Rafizi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti seperti Biro Politik adalah amat tidak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan memperlihatkan kerendahan wibawa Rafizi sebagai kepimpinan tertinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama Rafizi membuat tindakan memecah belah parti, malah sebelum ini parti juga berdepan kemelut akibat rancangannya yang separuh masak seperti yang berlaku dalam Langkah Kajang dan menubuhkan NGO sendiri sehingga menyebabkan perpaduan parti itu tergugat.

“Sebelum ini, beberapa tindak tanduk beliau seperti mengusulkan Langkah Kajang yang separuh masak dan menubuhkan INVOKE telah terbukti merosakkan dan memecah belahkan perpaduan anggota parti.

“Sebagai bekas Setiausaha Agong PKR, Rafizi perlu sedar bahawa struktur dan organisasi parti wajib dipelihara dan dipertahankan. Tindakan beliau sama sekali bertentangan dengan disiplin dan etika organisasi parti,” ujarnya lagi.

Tegasnya, kenyataan Rafizi yang mahukan Kongres Khas diadakan itu boleh dianggap sebagai satu lagi langkah untuk mensabotaj parti sendiri.

“Justeru, kenyataan beliau semalam tanpa dibawa dalam perbincangan rasmi parti sama ada Mesyuarat MPP atau Mesyuarat Biro Politik boleh diumpamakan seperti agen perosak yang bertujuan untuk mensabotaj parti, sekali gus menjejaskan persediaan parti menjelang PRU-14,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.



Sumber – MalaysiaGazette



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkiD7A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.