Isu Saleem & Anak: Sedar Kesalahan Sendiri, Isteri Saleem Minta Maaf
Pengurus dan isteri kepada penyanyi Saleem, Julia Bachok memohon maaf dan sedar atas kesalahan yang dilakukan rentetan peristiwa ‘serangan’ terhadap syarikat rakaman Music Valley yang terjadi beberapa hari lalu.
“Assalamualaikum, saya selaku pengurus kepada Saleem, ini adalah sebenarnya saya. Julia yang tiga hari lalu bukan saya. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, terutama sekali kepada orang Johor.
“Bila tengok video saya semula, saya amat sedih, saya mohon maaf sekali lagi. Masa saya marah itu dalam keadaan emosi dan rasa tekanan dengan suami baru keluar hospital. Dengan tekanan keadaan di luar sana yang saya tak dapat ‘control’, saya amat menyesal dan memohon maaf kepada yang terkesan dengan kata-kata saya,” kata Julia yang dietami oleh Saleem dalam sesi strim Facebook Live Utusan Online petang tadi.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden Persatuan Karyawan Malaysia. Freddie menjadi orang tengah dalam usaha untuk mendamaikan situasi yang hangat diperkatakan beberapa hari lalu.
Kontroversi membabitkan Julia, Saleem dan anaknya, penyanyi baru Syafiq Farhain hangat diperkatakan kerana wujud dakwaan yang mengatakan Julia dan Saleem tidak berpuas hati kerana syarikat rakaman Music Valley mendapat keuntungan menerusi cara yang tidak sepatutnya.
Music Valley yang menaugi Syafiq didakwa menggunakan nama Saleem bagi menaikkan populariti penyanyi baru itu dalam dunia hiburan.
‘Serangan’ yang dilakukan oleh Julia bersama Saleem itu mendapat perhatian netizen dan ramai pengguna media sosial menganggap perbuatan tersebut sebagai hal kecil yang tak perlu dibesarkan.
sumber:http://ift.tt/2wv1sCi
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5lzDO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment