Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejayaan Kontinjen KL2017 Malaysia Dapat Perhatian Dewan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejayaan Kontinjen KL2017 Malaysia Dapat Perhatian Dewan Negara




KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen negara mendahului pungutan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mendapat perhatian Dewan Negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang pada masa ini mendahului pungutan pingat emas.

"Tahniah kepada kontinjen negara. Sudah dapat 16 pingat emas (setakat pagi ini). Harap akan berterusan dan lebih banyak pingat boleh dikutip," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengetuai pasukan Malaysia memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam acara kuda lasak semalam.

Katanya pencapaian itu satu kebanggaan kepada negara kerana baginda bukan hanya berjaya meraih pingat emas acara individu malah memecahkan rekod bagi sukan itu.

Sultan Mizan, yang tiba di garisan penamat dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod enam jam 26 minit dan empat saat yang dibuat atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sulaiman Muda.

Sehingga berita ini ditulis pada 12 tengah hari ini, Malaysia mengutip 17 pingat emas.

KL2017 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.-BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wvz6I7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.