Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenaikan EURO Bukanlah Satu Perubahan Besar – ECB Hansson - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenaikan EURO Bukanlah Satu Perubahan Besar – ECB Hansson

Ardo Hansson salah seorang daripada pembuat polisi European Central Bank (ECB) dilihat tidak bimbang dengan pengukuhan matawang euro di mana ahli-ahli ECB ketika ini sedang bersedia untuk perbincangan pengurangan rangsangan monetari khususnya dalam program pembelian bon, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg pada Rabu.

Matawang Euro naik sehingga 12% berbanding US dolar tahun ini disebabkan oleh momentum ekonomi Zon Eropah, kata Hansson dalam temubual bersama Bloomberg.

“Kami merasakan ia bukanlah satu perubahan yang besar (kenaikan euro),” kata beliau dalam laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Minggu lalu, Hansson berkata penamatan program pembelian aset (bon) tertakluk kepada pemulihan ekonomi Zon Eropah, tetapi kadar faedah rendah dan saiz besar penyata imbangan (pegangan bon yang besar) akan menyediakan sokongan kepada ekonomi beberapa tahun akan datang.

Pembuat-pembuat polisi ECB iaitu ‘Governing Council‘ akan bermesyuarat pada 7 September ini dan sebelum ini dalam penetapan polisi Mario Draghi telah menyatakan untuk membincangkan tentang program pembelian aset ini pada musim luruh sama ada perlu membuat pengurangan rangsangan tahun depan.

Kini tumpuan pasaran adalah kepada komen Mario Draghi (Presiden ECB) di dalam simposium Jacson Hole, sama ada beliau memberi isyarat tentang polisi monetari atau sebaliknya walaupun spekulasi sebelum ini menunjukkan beliau tidak akan memperkatakan tentang polisi monetari di dalam simposium ini.

The post Kenaikan EURO Bukanlah Satu Perubahan Besar – ECB Hansson appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhYQUV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.