Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepala terkoyak angkara individu tuang minyak di jalan Genting Highlands - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepala terkoyak angkara individu tuang minyak di jalan Genting Highlands

Kepala terkoyak angkara individu tuang minyak di jalan Genting Highlands

Kepala terkoyak angkara individu tuang minyak di jalan Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS, PAHANG – Viral gambar seorang wanita cedera selepas mengalami kemalangan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan ketika turun dari Genting Highlands. 

Naddy Jaafar, yang merupakan penduduk di Genting berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia hanya memandu seperti biasa dan perlahan. Namun secara tiba-tiba keretanya hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan..
“Kelmarin saya kemalangan ketika nak turun dari Genting Highlands. Tiba-tiba kereta hilang kawalan kerana jalan licin sangat. Padahal saya pandu kereta dengan perlahan sahaja. 
“Akibatnya, kepala saya terkoyak. Alhamdulillah saya selamat. Terima kasih Ya Allah untuk peluang hidup yang kedua,” katanya. 
Menurut Naddy, dia mengesyaki jalan yang dilaluinya itu licin berpunca dari perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab dengan menuang minyak di atas jalan sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan. 
“Saya nasihatkan, buat masa ini tak payah naik turun Genting. Sekarang ini musim ‘mereka’ nak buang minyak atas jalan supaya mereka boleh buat duit towing kereta anda. Malah nyawa anda pun di hujung-hujung tanduk,” katanya. 

Sementara itu, wakil dari perkhidmatan menarik kereta, Tow Truck, mempertikaikan apakah sahih dakwaan Naddy? Sedangkan dia dan rakannya sentiasa berada dalam keadaan standby di Genting tidak mendengar mengenai kes tersebut. 

“Saya nak tanya, tarikh, masa dan tempat dia kemalangan. Laporan polis dan laporan akhbar. Team saya jaga Genting 24/7, tak dengar pun kes ini atau awak saja nak buat fitnah?” soal individu berkenaan. 

Biar apa pun puncanya, mana-mana individu yang merancang untuk pergi ke Genting Highland, dinasihat agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka pada keadaan jalan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

Sumber: TR


Sumber Kepala terkoyak angkara individu tuang minyak di jalan Genting Highlands

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wz5Lxh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.