Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Siang Didesak Nyata Pendirian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Siang Didesak Nyata Pendirian


GEORGETOWN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilabel sebagai pemimpin gagal apabila sering mengalihkan perhatian orang ramai terhadap sesuatu isu, berbanding memberi penjelasan yang wajar mengenainya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, berkata kegagalan Kit Siang itu juga diterjemah melalui dolak-dalik beliau mengakui akan kembali bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau sebaliknya.

Katanya, Kit Siang juga lebih gemar mengambil pendekatan mudah dengan melabel dan merendahkan pihak lawan serta memberi jolokan tidak senonoh yang muncul sebagai satu-satunya kaedah untuk 'lari' daripada menjawab sebarang isu.

"Taktik memutar belit fakta dan isu dalam politik sudah tidak asing lagi dengan Kit Siang dan banyak paparan bukti yang boleh dilihat melalui rekod beliau selama 52 tahun ini, khususnya apabila DAP gagal membidas hujah pihak lawan.

"Tambahan, DAP kini sering dikejutkan dengan pelbagai skandal rasuah, ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, hingga sering dilihat mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan pengamal media yang mengkritik pentadbiran mereka.

"Malah, tindakan beliau menolak daripada menjawab persoalan saya (sama ada akan kembali bertanding di Pulau Pinang atau sebaliknya) sudah membuktikan beliau adalah seorang pengecut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Chang Yeow mencabar Kit Siang mengemukakan pendiriannya untuk kembali bertanding di Pulau Pinang pada PRU-14, selain menyatakan kesediaan menyaingi Ahli Parlimen Gelang Patah itu di kubu kuat DAP.

Chang Yeow mendakwa, kegagalan Kit Siang mengemukakan sebarang penjelasan berhubung hasrat bertanding semula di Pulau Pinang itu dipercayai kerana khuatir akan menimbulkan perpecahan dalam DAP.

"Justeru, satu-satunya cara Kit Siang untuk menguruskan masalah ini (perpecahan dalaman DAP) sebelum PRU-14 adalah dengan membuat kemasukan pada saat akhir dan secara mengejut," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhRBfU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.